Wednesday 20 July 2016

Kuih pau yang sedap .

" Kuih kesukaan saya "


Hai semua ! hari ni saya nak cerita tentang kuih yang saya sangat suka sampai mak saya belajar dan buatkan untuk saya iaitu kuih pau. Ianya sedap dan saya sangat sukakannya. So hari ni saya nak kongsikan resepi kuih pau . 

Hasil carian imej untuk kuih pau
* Ni lah pau yang mak saya buatkan untuk saya. Nampak sedapkan ;) 

Bahan-bahan untuk membuat kuih pau ialah :

  • 250 gram tepung pau atau tepung Hong Kong
  • 3/4 sudu teh yis kering
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 4 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar lemak sayuran atau shortening
  • 1 sudu teh bread softner
  • 1/2 cawan air suam

Cara-cara membuat kuih pau pula ialah : 

  1. Ayak tepung di dalam mangkuk kemudian tambah yis, baking powder dan bread softner. Kacau adunan sehingga bergaul sebati.
  2. Tuang air suam sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh, tambahkan pula lemak sayuran dan uli doh selama lebih kurang 10 minit atau sehingga licin dan tidak melekat. Rehatkan doh selama 10 minit.
  3. Jika menggunakan breadmaker, sila ikut arahan mengikut bradmaker anda dan biarkan selama 10 minit sahaja kemudian angkat keluar doh.
  4. Bahagikan doh kepada 10 bahagian (saya bahagikan doh kepada 8 sahaja).
  5. Masukkan inti kesukaan anda dan tutup/pintal kemas di bahagian bawah.
  6. Letakkan bahagian yang dipintal dia atas permukaan kertas bersih bersaiz 2x2 inci.
  7. Tutup dan rehatkan pau selama 45 minit. Panaskan kukusan sehingga air betul-betul mendidih dan kukus selama 10 minit. Angkat dan sejukkan.
* Ini sahaja yang saya kongsikan untuk hari ini. Next time, saya akan kongsikan lagi resepi-resepi yang lain. 

1 comment:

  1. Baccarat - Verified Guide - UrbanDaddy
    This is งานออนไลน์ not your usual method 바카라사이트 of playing baccarat but rather a way for you to enjoy the game for yourself. The player 바카라 사이트 takes the seat at one of the

    ReplyDelete