PENGENALAN
Bugis adalah merupakan
salah satu bangsa
Melayu yang terdapat di Malaysia. Suku kaum
Bugis ini lebih tertumpu
di kawasan Pantai Timur
Sabah dan Selatan
Semenanjung Malaysia. Suku kaum Bugis
ini sebenarnya berasal
dari kepulauan Sulawesi di
Indonesia. Namun, suku kaum
bugis telah berhijrah
ke Tanah Melayu sebelum
negara ini mencapai
kemerdekaan lagi. Suku kaum
Bugis merupakan antara
suku kaum terawal
yang datang dan
menetap ke Tanah
Melayu. Suku kaum Bugis
berhijrah ke Tanah
Melayu telah menetap
dan mendirikan institusi kekeluargaan serta
melahirkan zuriat dan
waris sehinggalah ke
generasi sekarang. Suku kaum Bugis
ini juga seperti
masyarakat lain yang
mempunyai adat,
kepercayaan, tulisan dan
bahasa yang tersendiri. Sebelum saya menerangkan tentang
adat, pakaian, lagu, alat muzik, tarian dan sebagainya, saya akan menceritakan
tentang sejarah awal kaum bugis.
Bugis ialah komuniti yang tinggal di Sulawesi Selatan. Hampir kesemua
kawasan di Sulawesi Selatan didiami oleh kaum Bugis. Kaum Bugis mempunyai
kerajaan mereka yang tersendiri. Antara kerajaan awal Bugis ialah Wewang
Nriwuk, Luwuk dan Tompokktikka. Kerajaan-kerajaan ini telah wujud sejak sebelum
abad ke-15. Pada akhir abad ke-15, muncul beberapa kerajaan baru yang cuba
merampas kedudukan kerajaan lama. Kerajaan yang baru muncul iaitu Gowa
(Makassar) berjaya menguasai dan memegang tampuk pemerintahan di kawasan
Sulawesi Selatan bersama-sama kerajaan sekutu mereka iaitu kerajaan Bone.
Kejayaan mereka adalah hasil kerjasama
dengan Kerajaan Bone. Mereka telah berpakat dan bersama-sama dalam menjatuhkan
kerajaan lama yang berkuasa di Sulawesi Selatan.
Bagi masyarakat Bugis, merantau atau Pasompe
dalam bahasa Bugis telah menjadi suatu adat atau kebiasaan. Telah berabad
lamanya masyarakat Bugis merantau atau berhijrah untuk mencari penempatan dan
juga kehidupan baru. Antara kawasan yang menjadi tempat penghijrahan mereka
ialah Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Sumatera.
Penghijrahan besar-besaran kaum ini
juga berlaku setelah kerajaan Bugis iaitu Makassar dikalahkan oleh Belanda dan
Belanda menguasai Sulawesi Selatan. Sistem pemerintahan Belanda seperti cukai
tanah dan tanaman yang tinggi juga menjadi faktor penghijrahan orang Bugis ke
tempat lain seperti Tanah Melayu.
Masyarakat Bugis juga beragama Islam. Pengislaman masyarakat Bugis ialah oleh seorang Ulama
Minangkabau iaitu Sheikh Abdul Makmur. Pada pertengahan abad ke-16 berlakunya
perebutan kuasa dan wilayah antara dua buah kerajaan iaitu Gowa (Makassar) dan
Bone. Kekalahan kerajaan Bone telah membawa kepada campurtangan Belanda dan
kejatuhan kerajaan Bugis Makassar. Ini berlaku kerana setelah kalahnya kerajaan
Bone, seorang putera kerajaan Bone telah meminta bantuan dan bekerjasama dengan
tentera Belanda bagi menjatuhkan kerajaan Bugis Makassar. Kekalahan kerajaan
Makassar ini membuatkan ramai pembesar dan putera-putera Bugis Makassar
berhijrah ke Tanah Melayu seperti di Johor dan Selangor.
Kedatangan orang Bugis secara
besar-besaran dikaitkan dengan Bugis Makassar. Golongan Bugis ini telah
berhijrah secara beramai-ramai dari Sulawesi Selatan ke Tanah Melayu.
Penghijrahan kaum Bugis ini ialah kerana kejatuhan kerajaan yang berkuasa di
Sulawesi Selatan iaitu kerajaan Bugis Makassar di tangan Bugis dari kerajaan
Bone dan juga Belanda. Kebanyakan orang-orang besar Bugis Makassar ini memilih
Klang dan Kuala Selangor sebagai destinasi bagi didirikan penempatan. Orang
Bugis telah lama mula berhijrah ke Tanah Melayu seperti di Johor dan juga di
Tanah Borneo tetapi penghijrahan dan pendudukan mereka di Klang, Selangor lebih
diketahui umum kerana ianya menjadi permulaan berdirinya era Kesultanan di
Selangor. Selain itu, ianya juga menjadi titik mula campur tangan Bugis di
Tanah Melayu.
Penglibatan awal Orang Bugis ialah mereka
membantu Raja Sulaiman iaitu pemerintah Pahang, Johor, Riau, dan Lingga
mendapatkan semula Johor, Riau dan Lingga yang telah ditawan oleh Raja Kechil
yang berpusat di Siak. Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja
Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju
ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga
dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju dengan
permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis
dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah
Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.
Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja
Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke
Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja
Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau
semasa raja Bugis masih berada di Selangor. Setelah mendapat tahu Riau telah
ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk
menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah
menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja
Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah
datang ke Linggi untuk menyerang balas.
Pihak Bugis telah berpecah dimana 20
buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai
oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut
serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka
telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis
telah mendirikan kerajaan bersama. Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut,
Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula
Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh
keturunan Bugis dan bukan orang Minangkabau.
Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang
Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja
Johor (sebuah meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja
tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan
membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang,
Riau, and Linggi. Bagi membalas jasa dan menunaikan janjinya, Raja Sulaiman
telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Sultan Sulaiman juga
telah memilih adiknya Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760
) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau pada tahun 1730an. Kemudian anak
Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga
memerintah Linggi di Negeri Sembilan).
Setelah berjaya membantu Raja Sulaiman, Daeng
Chelak iaitu Raja Bugis telah kembali ke Kuala Selangor. Penduduk Kuala
Selangor telah meminta beliau untuk terus menetap disitu dan menjadi sultan
mereka. Daeng Chelak telah menolak kerana ingin kembali ke Riau dan memerintah
Riau yang telah dikurniakan oleh Raja Sulaiman. Namun begitu, beliau telah
menamakan salah seorang dari puteranya iaitu Raja Lumu menjadi pemerintah di
Kuala Selangor. Kedatangan Raja Lumu ke Kuala Selangor menandakan bermulanya
era pemerintahan Kesultanan Selangor yang berdaulat sehingga ke hari ini.
Seterusnya, saya akan menerangkan
tentang makanan, adat, pakaian, lagu dan alat muzik, tarian, budaya, pantang
larang dan bahasa bugis untuk menambah pengetahuan anda semua.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM BUGIS
Kaum Bugis juga seperti kaum yang lain yang mempunyai makanan
tradisionalnya yang tersendiri. Antara makanan tradisional kaum Bugis ialah :
Bahan-bahn
- Beras Wangi 1kg,
- Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
- Garam secukup rasa.
- Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
- Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.
- Kelapa 1 biji diparut dan ambil santannya,
- Garam secukup rasa.
- Daun pucuk pisang berukuran A4 beberapa keping utk bungkus.
- Daun pisang tua panjang lebih kurang 3 jengkal.
Cara-cara Membuat Burasak
1. Beras dibasuh 2 hingga 3 kali. Panaskan santan hingga mendidih.
Setelah mendidih
api dikecilkan.
api dikecilkan.
2. Masukkan garam secukup
rasa. Bila santan sudah berubah warna, padamkan api.
3. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti nasi lemak.
4. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata.
5. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. Pastikan burasak tersebut tidak terlalu nipis atau terlalu tebal.
3. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan, masak seperti nasi lemak.
4. Biarkan beras lembab sedikit, tapi agak merata.
5. Lipat nasi macam lipat kuih lepat pisang, urut-urut atas bungkusan leper dan padat. Pastikan burasak tersebut tidak terlalu nipis atau terlalu tebal.
Berobbok juga adalah salah satu makanan bugis di
mana makanan ini boleh di makan pada bila-bila masa sahaja tanpa menunggu
adanya perayaan. Makanan ini juga tidak memerlukan bahan yang banyak untuk
membuatnya. Di sini saya sertakan sekali bahan yang diperlukan untuk membuat
berobbok dan cara membuatnya.
Bahan-bahan :
-
Beras
-
Jagung
-
Ayam
-
Sayur-
sayuran
-
Bawang merah
-
Secubit
garam dan ajinamoto
-
2 kiub pati
ayam
Cara membuatnya :
-
Masak beras
seperti kita masak bubur
-
Rebus ayam
yang telah dipotong dadu
-
Masukkan
lobak dan udang yang telah dikupas kulitnya ( lobak dan udang boleh di masukkan
juga mengikut kesukaan si pembuat ) selepas beras itu sudah menjadi bubur dan
gaulkannya sekali dalam satu periuk
-
Setelah itu,
masukkan bawang yang telah dikisar, secubit garam dan ajinamoto dan juga kiub
pati ayam dan gaulkannya.
-
Masukkan
sayur yang telah dipotong dan gaulkannya sehingga ia mendidih dan sedia untuk
di makan.
Barongko adalah makanan dari pisang yang sangat
sedap.. Barongko adalah makanan tertutup khas suku kaum bugis yang dibuat dari pisang
Kepok Matang yang dikukus dengan daun pisang. Barongko merupakan makanan
penutup yang mewah dan hanya disajikan untuk raja-raja seperti acara
perkahwinan dan lain-lain tetapi kini makanan ini boleh di makan pada bila-bila
masa sahaja. Untuk menambah citarasa dan selera, bahan untuk mnyiapkan biasanya
ditambah dengan irisan buah Nangka atau kelapa muda
Ini adalah kapurung salah satu makanan bugis yang
popular di Sabah terutama di bahagian Tawau. Makanan ini senang untuk di masak.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kapurung ialah sayur, tomato, lada,
limau, dan tepung kanji sahaja
5.
Tapai adalah makanan yang dihidang pada Hari Raya. Tapai
diperbuat daripada beras pulut dan diletakkan di dalam peti sejuk.
BAJU
TRADISIONAL KAUM BUGIS
Bugis terkenal dengan kain sarung
sebagai busana kaum wanita yang dipakai dengan baju kebaya labuh. Manakala kaum
lelaki pula bergaya dengan baju Sikap sut padanan lima dilengkapi tengkolok,
baju, seluar, bengkung dan kain samping tenunan Bugis bergaris atau bertelepuk
perada emas warisan keluarga bangsawan Bugis.
Selain itu, ketika adat perkahwinan,
pengantin mengenakan pakaian tradisi iaitu baju Bodo, pakaian yang berasal dari
daerah Bugis. Baju Bodo berwarna hijau dipakai oleh gadis di dalam lingkungan
istana dan dipakai dengan kain sarung sutera atau songket. Baju Bodo ini dibuat
dari kain organza dan dipadankan dengan kain tenun corak tapak catur benang
emas.
Pakaian yang digunakan di dalam tarian
Poja juga dinamakan baju Bodo atau baju Tokko yang bermaksud baju tiada lengan.
Bajunya dihasilkan dari kain organza dan mempunyai anak baju di dalamnya. Baju
ini mempunyai lengan pendek dan kaki baju labuh sehingga ke paras paha.
Terdapat juga baju Bodo yang dihiasi dengan manik, jemeki dan renda mengikut
kreativiti kumpulan. Pada lengan baju diikat kain yang dipanggil pengikat
lengan. Pengikat lengan ini bertujuan untuk mengukuhkan lengan baju seupaya
lebih kemas dan terserlah kekemasan baju tersebut. Pengikat lengan ini juga
dihiasi dengan manik, jemeki dan renda.
Setiap warna baju bodo yang dipakai
oleh wanita melambangkan usia ataupun darjat pemakainya. Jenis warna baju bodo
dan usia si pemakainya.
Jingga - Dipakai oleh kanak-kanak
perempuan berumur 10 tahun
Jingga dan merah - Digunakan oleh gadis
berumur 10-14 tahun.
Merah - Bagi wanita berumur 17-25
tahun.
Putih - Digunakan oleh para inang dan
dukun.
Hijau - Khas untuk wanita berketurunan bangsawan
Ungu - Dipakai oleh para janda.
RUMAH TRADISIONAL
Rumah tradisional kaum Bugis berbentuk
panggung yang terdiri daripada 3 bahagian iaitu tingkat atas, tengah, dan
bawah. Tingkat atas digunakan untuk menyimpan padi dan benda-benda pusaka. Hal
ini kerana bahagian atas rumah ini jarang digunakan oleh penghuni. Oleh itu,
barang-barang berharga boleh disimpan di bahagian ini agar terjamin
keselamatannya.
Di samping itu, bahagian tengah rumah
digunakan sebagai tempat tinggal penghuni. Tingkat ini terbahagi kepada
ruang-ruang untuk menerima tetamu, tempat tidur, makan dan dapur. Ruang ini
turut digunakan untuk aktiviti santai dan rehat keluarga.
Bahagian ketiga ialah tingkat dasar yang berada di
tingkat bawah rumah. Tingkat ini digunakan untuk menyimpan alat-alat pertanian,
dan kandang ternak. Rumah tradisional Bugis boleh juga digolongkan berdasarkan
status pemiliknya atau berdasarkan pelapisan sosial yang berlaku.
KESENIAN
Seni Senjata
Dalam seni senjata pula, senjata yang
menjadi kebanggaan masyarakat Bugis adalah badik atau nama lainnya adalah
kawali. Menurut masyarakat Bugis, setiap jenis badik mempunyai kuasa sakti.
Kuasa ini dapat mempengaruhi keadaan dan kehidupan pemiliknya. Terdapat juga
kepercayaan bahawa badik ini mampu mewujudkan ketenangan, kedamaian,
kesejahteraan dan kemakmuran ataupun kemelaratan, kemiskinan dan penderitaan
bagi penyimpannya. Sejak ratusan tahun dahulu, badik bukan sahaja sebagai
senjata dalam mempertahankan diri atau berburu tetapi digunakan juga sebagai
lambang identiti etnik Bugis.
Badik mempunyai banyak jenis antaranya
adalah badik Bugis Makassar, badik Bugis luwu, badik caringin tilu dan kawali
lade’. Setiap jenis badik ini mempunyai simbol dan maksud yang tersendiri
misalnya badik kawali lade’ dipercayai dapat mendatangkan rezeki melimpah bagi
sesiapa yang menyimpannya. Selain itu, badik juga merupakan satu penghormatan
dan dipandang tinggi bagi pemiliknya terutamanya lelaki. Seperti yang
diperkatakan oleh masyarakat Bugis Makassar “ bukan seorang Bugis jika tidak
memiliki badik”. Maka dapat disimpulkan disini bahawa badik merupakan satu
senjata yang menjadi kebanggaan dan penghormatan masyarakat Bugis.
Ø badik yang berusia lebih daripada 100
tahun
SENI ALAT MUZIK
Etnik Bugis turut mempunyai peralatan
alat muzik tradisional yang tersendiri dan dipersembahkan dalam majlis
tertentu. Antara peralatan alat muzik tradisional etnik Bugis adalah :
1. Kacapi
Menurut sejarah, kacapi ini telah
dihasilkan oleh seorang pelaut. Kacapi ini terbentuk menyerupai perahu yang
memiliki dua dawai. Idea penghasilan kacapi ini ialah tali layar perahu. Kacapi
biasanya dipersembahkan dalam majlis jemputan para tetamu, majlis perkahwinan,
majlis hajat dan sebagai hiburan dalam majlis ulang tahun.
Sinrili merupakan alat muzik masyarakat
bugis yang menyerupai biola. Alat muzik ini dimainkan dalam keadaan duduk dan
alat ini diletakkan di hadapan pemain alat muzik tersebut.
Gendang merupakan alat muzik yang
menyerupai rebana yang memiliki dua permukaan yang rata, bulat dan panjang.
4. Seruling
Alat muzik seruling ini terbahagi kepada
tiga jenis iaitu :
i. Seruling panjang (seruling lampe) :
memiliki lima lubang nada.
ii. Seruling calabai (seruling ponco) :
sering dimainkan bersama biola, kacapi
dan penyanyi.
iii. Seruling dupa samping: sering
digunakan dalam majlis perbarisan dan
jemputan tetamu.
SENI TARI
Tarian Poja merupakan salah satu tarian
Bugis yang sangat popular terutamanya di negeri Selangor. Namun begitu, sejarah
bermulanya tarian ini tidak diketahui dengan tepat kerana ketiadaan sumber
bertulis mengenai tarian ini, hanya sekadar penyampaian lisan semata-mata.
Menurut sumber lisan, tarian Poja ini bermula pada zaman Sunan Gunung Djati,
untuk menyelidiki kekuatan musuh yang melawan dengan mengirimkan kumpulan
kesenian poja atau mata-mata gelap untuk menyelidiki Kerajaan Pakuan
Padjajaran. Ternyata tarian kesenian tersebut berjaya memberikan maklumat
kepada Sunan Gunung Djati.
Selain itu, menurut versi sumber lisan yang
lain, Poja berasal dari perkataan Bugis yang bermaksud puji-pujian. Pada masa
dahulu, tarian Poja merupakan sebuah tarian di istana yang dipersembahkan
semasa sultan sedang bersantai atau berehat dengan tujuan bagi memuji-muji
baginda. Tarian ini juga dipersembahkan di dalam istana untuk meraikan sesebuah
keramaian atau tetamu yang hadir untuk bertemu sultan. Oleh itu, mutu dan nilai
kesenian tarian ini sentiasa dijaga oleh kerabat diraja. Kini, tarian ini bukan
lagi sebuah tarian istana namun sudah boleh dipersembahkan di mana sahaja dan
dipertontonkan oleh sesiapa juga. Tarian ini menjadi tarian mengalu-alukan
kedatangan para tetamu yang hadir ke majlis tersebut.
Dahulunya, penari-penari tarian ini terdiri
dalam kalangan perempuan sahaja. Manakala lelaki bermain alat muzik. Apabila
tarian ini mula dipersembahkan kepada masyarakat umum, maka penari-penari
tarian juga terdiri daripada kaum lelaki. Jangka masa tarian ini pada asalnya
adalah empat hingga lima minit. Setelah mengalami perubahan, jangka masa
bertukar menjadi tiga minit sahaja.
ADAT UPACARA PERKAHWINAN
Keunikan budaya suku kaum Bugis
dipaparkan dalam tradisi majlis perkahwinan. Sebelum majlis perkahwinan,
masyarakat Melayu yang beragama Islam akan mengadakan upacara merisik dan
meminang. Walau bagaimanapun, bagi kaum Bugis, tiada adat pertunangan. Bagi
masyarakat ini, yang paling penting adalah upacara pernikahan. Ibu bapa kaum
Bugis beranggapan bahawa pertunangan boleh menimbulkan syak dan fitnah dalam
kalangan masyarakat kerana tempoh pertunangan yang lama.
Namun, terdapat majlis yang menyerupai adat
bertunang tetapi tidak dianggap upacara bertunang, yang digelar “men’drek doik”
yang membawa maksud “naik duit”. Dalam majlis ini, pihak lelaki akan membawa
wang hantaran yang telah ditetapkan semasa meminang. Oleh itu, semasa dulang
hantaran diberikan ketika majlis pernikahan, dulang itu hanya simbolik sahaja
kerana wang hantaran telah diserahkan. Semasa majlis ini berlangsung, pihak
pengantin lelaki akan menyarungkan cincin sebagai tanda ikatan sebelum tiba
majlis pernikahan yang berlangsung selepas tiga hingga tujuh hari setelah
majlis “naik duit”.
Seminggu sebelum majlis persandingan, dua
orang wanita dipertanggungjawabkan oleh pihak pengantin perempuan untuk
menjemput tetamu. Wanita ini terdiri daripada mereka yang telah berumah tangga.
Wanita yang belum berkahwin tidak manis berkunjung ke rumah untuk menjemput tetamu.
Bagi kaum Bugis, wanita yang belum berkahwin tidak dibenarkan menjemput tetamu
kerana dikhuatiri lambat menerima jodoh.
Kedua-dua wanita ini digelar pattampa
yang bermaksuud pemanggil tetamu. Pattampa akan mattampa, iaitu berkunjung dari
rumah ke rumah. Pattampa akan membawa dulang yang dibalut dengan kain berwarna
dan bermanik. Dulang diisi dengan dua bungkus rokok pelbagai jenama beserta
mancis. Rokok, suatu ketika dahulu merupakan lambang prestij sesebuah keluarga.
Hanya golongan yang berkemampuan sahaja mampu memilikinya.
Tetamu yang dijemput akan membuka
dulang dan mengambil sebatang rokok lalu membakarnya. Adat ini penting kerana
bagi tetamu yang mempunyai anak dara, kerana dengan cara ini diharapkan anak
mereka pula akan menemui jodoh. Adat mattampa ini berbeza dengan adat kaum lain
yang menggunakan kad undangan.
Malam berinai atau mappacci cukup
meriah, kerana pada malam tersebut pelbagai acara berlangsung. Malam berinai
akan dimulakan dengan majlis khatam al-Quran, disusuli dengan majlis berzanji.
Setelah selesai menginai pengantin perempuan, rombongan gadis muda yang memakai
inai kepada pengantin perempuan akan bersiap untuk berkunjung ke rumah mempelai
lelaki. Tujuannya untuk menghantar lebihan inai daripada bakal isteri kepada
pengantin lelaki. Adat ini merupakan satu usaha agar kedua-dua mempelai hidup
harmoni.
Sebelum pengantin perempuan memakai
inai, adat memakai bedak dilakukan dengan meriah. Majlis ini dianggap penting
untuk melicinkan kulit dan menambahkan seri wajah pengantin perempuan. Bedak
tersebut digelar bedak ke’cek yang bermaksud sejuk. Bedak ini dibuat sendiri
dengan menggunakan beras dan diadun dengan bahan lain termasuk kunyit dan
ditumbuk dengan lesung. Lebihan bedak pengantin perempuan akan disapu pada
wanita yang belum berkahwin.
Kemeriahan malam berinai turut
disertakan dengan permainan domino yang dipertandingkan kepada kaum lelaki.
Cabutan undi dilakukan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat
pemain. Dalam permainan ini, golongan muda tua beradu kemahiran, dan berkumpul
dalam suasana yang muhibbah. Sementara kaum lelaki bermain domino, kaum wanita
akan menyediakan jamuan seperti kopi dan kuih-muih.
Selain itu, dalam masyarakat Bugis, mas
kahwin yang akan diberikan kepada pengantin perempuan tidak dihias dengan bunga
dan dipegang begitu sahaja. Pengantin lelaki perlu menyediakan sompa terlebih
dahulu. Sompa dianggap menyimpan harga diri bakal isteri. Sompa merupakan kain
putih yang diisi dengan wang mas kahwin. Di dalam kain putih tersebut terdapat juga
beras, buah pala, kayu manis dan jarum. Makna yang tersirat disebalik sompa
sangat mendalam bagi kaum ini.
Justeru, sompa harus disimpan di tempat yang
paling berharga dan selamat. Barang-barang yang disertakan dengan mas kahwin
melambangkan cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi oleh pasangan pengantin
semasa hidup bersama. Cabaran digambarkan dengan meletakkan jarum di dalam
beras, sedangkan beras itu pula melambangkan keperluan asas dalam kehidupan.
Perisa dan keharmonia rumah tangga digambarkan dengan buah pala dan kayu manis
termasuklah rezeki yang bakal diterima.
Saudara lelaki pengantin perlu bersiap sedia
membawa sompa. Amanah ini bukan satu tanggungjawab yang ringan kerana sompa
dikatakan lambang panjang atau pendek jodoh seseorang. Sompa tidak boleh jatuh
daripada kendungan. Jika jatuh, masyarakat Bugis percaya bahawa itulah peranda
yang tidak baik.
Selain sompa, bakul sugi perlu disediakan
sebelum menjadi raja sehari. Bakul ini diisi dengan buah-buahan tempatan
seperti nangka, pisang, betik dan lain-lain. buah-buahan ini melambangkan
kemanisan dalam berumah tangga. Sompa dan bakul sugi akan diserahkan kepada
pihak perempuan setibanya rombongan lelaki di rumah perempuan. Buah-buahan ini
tidak boleh dihidangkan kepada semua orang tetapi hanya untuk saudara perempuan
yang belum berkahwin agar mereka juga menerima jodoh.
Majlis persandingan suku kaum ini berlangsung
sama seperti umat Islam yang lain. sebelum melafazkan akad nikah, pengantin
lelaki akan duduk di atas kain pelekat yang disusun sebanyak sembilan atau 12
susunan. Kain ini dilipat dengan membawa kesemua hujung kain ke tengah. Adat
ini bagi menghormati pengantin lelaki yang akan bernikah. Susunan kain ini
menggambarkan pangkat dan darjat seseorang.
Di samping itu, anak-anak gadis yang
menyerikan majlis memakai baju bodo. Pakaian ini menjadi begitu bernilai kerana
baju bodo diperagakan oleh golongan istana pada zaman Kesultanan Bugis.
Hidangan utama dalam majlis perkahwinan ialah beppa richa yang bermaksud kuih
basah. Apabila tetamu datang, mereka akan dihidangkan dengan kuih basah.
Selepas itu, barulah tetamu akan menikmati hidangan nasi putih dan pelbagai
jenis lauk. Kuih muih disediakan oleh jennang, seorang tukang masak.
Majlis persandingan di rumah pengantin
perempuan akan berlangsung sehingga larut malam. Ada pasangan pengantin yang
terus memperagakan baju bodo pelbagai jenis dan warna sehingga malam. Pada
malam ini juga pemenang permainan domino akan diumumkan oleh mempelai.
Apabila selesai majlis di rumah perempuan,
pada keesokannya persandingan akan terus berlangsung di rumah lelaki. Kehadiran
pengantin perempuan di rumah pasangannya digelar merolla atau berkunjung ke
rumah mentua. Adat mamettoa atau mengenali keluarga mentua dilakukan di rumah
pihak lelaki. Semasa adat ini, kedua-dua mempelai duduk di satu penjuru ruang
tamu.
Pengantin perempuan akan diperkenalkan kepada
seluruh ahli keluarga suaminya. Seorang demi seorang akan bersalaman dan
berpelukan dengan kedua-dua mempelai yang didahului dengan ibu bapa lelaki.
Lazimnya, ibu dan saudara perempuan pihak lelaki sahaja yang akan memberikan
hadiah kepada orang baharu dalam keluarga mereka. Ibu mentua akan menyarungkan
cincin atau rantai emas. Bagi mereka, semakin tinggi nilai pemberian maka
semakin tinggi penghargaan yang diberikan kepada pengantin perempuan.
ADAT UPACARA KELAHIRAN
Sejak kecil lagi proses ajaran agama
Islam telah diterapkan sejak anak baru lahir lagi. Azan akan berkumandang di
telinga kanan bagi anak lelaki dan iqamat bagi anak perempuan. Azan dan iqamat
ini akan dilakukan pada hari ketiga waktu maghrib bagi tujuan memperdengarkan
kalimah Islam pada awal kelahirannya di dunia. Tembuni atau uri bayi akan
ditanam mengikut tatacara adat Bugis dengan memasukkan tembuni itu ke dalam tin
yang diletakkan bersama-sama tulang ikan, buku, pensil dan jarum.
Benda-benda ini mempunyai maksud yang
tersendiri iaitu tulang ikan bertujuan agar si anak tidak tercekik apabila
makan ikan, buku dan pensil agar si anak bijak belajar manakala jarum bertujuan
agar si anak mempunyai fikiran yang tajam. Di samping itru, cebisan atau
al-Quran kecil turut dimasukkan bersama tembuni ke dalam tin supaya si anak
lancar mengaji Al-Quran. Kemudian lubang akan digali dan ditutup dengan
meletakkan kelapa bulat yang dipasang dengan lilin yang menyala agar
membolehkan fikiran si anak sentiasa terang dan tajam.
Adat yang lazim dijalankan dalam
upacara kelahiran adalah caru-caru (ma’pa’katan) yang merupakan upacara
keselamatan sebagai tanda selamat datang kepada bayi yang telah selamat
dilahirkan ke dunia dan menjadi anggota baru dalam sesebuah keluarga. Caru-caru
akan diadakan seminggu stelah selesai kelahiran iaitu setelah tali pusatnya
jatuh. Dalam melaksanakan adat ini, lima ekor ayam akan disembelih iaitu tiga
ayam jantan dan dua ayam betina. Lima ekor ayat tersebut mewakili keluarga si
bayi yang terdiri daripada ayah, ibu dan adik-beradiknya yang dipercayai tanah,
air dan angin. Jika tidak berkemampuan untuk menyembelih lima ekor memadai
sebanyak tiga ekor sahaja. Selain itu juga, Tompolo merupakan upacara pemberian
nama serta pemberitahuan kepada saudara-mara yang biasanya diadakan pada hari
ke-40 selepas kelahiran.
Aqiqah pula merupakan adalah tradisi
keagamaan yang berasal daripada agama Islam dengan menyembelih kambing bagi
bayi yang baru dilahirkan. Upacara aqiqah dilakukan dengan menggunting beberapa
helai rambut bayi yang dilakukan oleh imam atau guru kampung. Simbol kelapa
diambil daripada kepercayaan asli Bugis dan makanan manis adalah saranan Islam.
Gunting hendaklah dibasahkan dengan air kelapa. Kelapa melambangkan kuat dan
serba guna. Maka simbol ini berkait rapat denga harapan agar bayi kelak kuat
dan berguna. Kemudian makanan manis akan dimasukkan ke dalam mulut bayi dengan
harapan kelak ucapan yang keluar dari mulut si anak semanis makanan yang
pertama kali dirasainya.
Kambing yang disembelih dalam majlis
aqiqah merupakan sebahagian daripada tuntutan yang mempercayai haiwan perlu
disembelih sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kerana kelak haiwan itu akan
digunakan sebagai kenderaan pada hari kiamat mengikut kepercayaan asli Bugis.
Dalam majlis aqiqah atau maccera ini juga diadakan adat mappenrek tojang atau
naik buai iaitu membuaikan anak. Buaian digantung bersama setandan pisang dan
40 biji lepek-lepek atau bilunda (pulut yang dibungkus dengan daun kelapa
muda).
Apabila kali pertama bayi dibawa
berjalan atau kali pertama turun dari rumah, bayi akan disertakan bersama
bekalan nasi putih atau nasi pulut dan telur rebus. Adat ini sebagai simbolik
bahaya bayi tersebut sentiasa membawa rezeki walaupun bayi tidak boleh memakan
makanan tersebut. Bayi tidak boleh keluar rumah ketika hampir maghrib atau
waktu malam atau dalam bahasa Bugisnya kubuallo kerana dipercayai syaitan
sedang berkeliaran ketika itu. Adalah menjadi kebiasaan apabila tuan rumah
diziarahi oleh bayi pada pertama kalinya akan memberikan cenderamata kepada
bayi atau disebut dalam bahasa Bugis Pabbarekkeng sumangek atau penguat
semangat.
Pemakaian tangkal yang berwarna
kuning atau hitam bagi kanak-kanak yang baru lahir sehingga umurnya tiga tahun
adalah untuk mengelakkan gangguan daripada makhluk halus. Kebiasaanya tangkal
tersebut akan diisi dengan cebisan kertas al-Quran atau rempah yang telah
dijampi. Kadang kala duit syiling yang diikat dengan benang atau tali untuk
dijadikan tangkal dan dipasang di bahagian pinggang si bayi.
ADAT UPACARA KEMATIAN
Kematian seseorang individu biasanya
disertai dengan pelbagai bentuk ritual untuk menghantar roh si mati dalam
kehidupan seterusnya. Tetamu yang datang menziarahi keluarga si mati akan
membawa sidakka (sumbangan kepada keluarga si mati) seperti wang, beras atau
kain. Upacara ini akan dijalankan sekiranya semua anggota keluarga terdekat
hadir. Upacara kematian ini dilaksanakan mengikut tatacara Islam di samping
beberapa unsur kepercayaan asli yang diwarisi daripada orang tua.
Pengurusan mayat dimulakan dengan
memandikan mayat yang biasanya dimandikan oleh orang-orang tertentu yang
sememangnya biasa memandikan mayat atau daripada anggota keluarga sendiri. Terdapat
beberapa bahagian yang dilakukan ketika memandikan mayat iaitu:
i. Pajenekang : menyiram air mandian
mayat dan diiringi bacaan doa.
ii. Pasucina : menggosok bahagian tubuh mayat
iii. Pabbisina : membersihkan alat kelamin si mayat
iv. Pamaralui : menyiram air mandi terakhir dan mewudukkan
mayat.
Setelah selesai dimandikan, mayat akan
diroko (dikafan) oleh anggota keluarganya yang dibalut dengan kain putih.
Kemudian imam dan beberapa ahli keluarga dan rakan taulan yang lain akan
menjalankan pengimangan iaitu menyembahyangkan mayat menurut tatcara agama
Islam. Sebelum mayat dikebumikan saudara mara dan jiran tetangga akan
mempersiapkan pabuleka (usungan mayat yang dibuat daripada bambu atau pohon
pinang). Sebelum pabuleka digunakan ia akan dilumur dengan darah ayam atau
haiwan lain yang disembelih untuk dijadikan kanre pasuru (nasi penguburan).
Kanre pasuru hanya boleh dimakan oleh anggota keluarga dari si mayat setelah
dibacakan doa dengan pembakaran dupa.
Sebelum pabuleka mayat diusung ke tanah
perkuburan, pabuleka akan dilangkah oleh cucu atau anak kecil si mati agar
rohnya tidak menganggu anak tadi ataupun tidak mengalami kambo-kamboan. Malah
sebelum itu juga, sewaktu mula diturunkan dari rumahnya, pabuleka diangkat dan
anak-anak si mati diminta lalu di bahagian bawah pabuleka tersebut. Tujuan ini
adalah untuk mengelakkan anak-anak rindu dan terkena badi kematian si mati.
Apabila upacara perkebumian dimulakan, bacaan doa dan beberapa ayat al-Quran
serta al-Fatihah. Kemudian imam kampung akan membacakan Talqin denga tujuan
agar mayat dapat menjawab pertanyaan malaikat di alam barzakh. Imam kampung
tersebut akan diberikan tikar dan pakaian si mati sebagai imbalan atau ganjaran
atas jasa baktinya.
Ada juga sesetengah pendapat menyatakan
pemberian tersebut bertujuan agar arwah atau roh si mati tidak datang kembali
menuntut barang miliknya yang ditinggalkan. Setelah selesai dikebumikan, di
atas kubur akan diletakkan kelapa dan payung kerana dipercayai arwah si mati
tetap berkeliaran. Kelapa dan airnya yang diletakkan di atas kubur bertujuan
untuk dijadikan minuman kepada roh si mati dan payung pula bertujuan untuk
melindungi roh di samping sebagai simbol keturunan. Sekiranya mayat tersebut
adalah bayi atau anak kecil, botol susu akan diletakkan di atas kubur kerana
dipercayai hanya jasad si bayi sahaja yang mati manakala roh si bayi tetap
wujud dan masih memerlukan susu.
Upacara kematian kemudiannya diikuti
dengan kenduri arwah yang diadakan pada malam ketiga, ketujuh, ke-40 dan ke-100.
Kebiasaanya ayam akan disembelih satu atau dua ekor (ayam kampung yang dianggap
sebagai penyambung nyawa pada malam ketiga selepas kematian). Pada malam
ketujuh atau ke-14 seekor kambing ataupun ayam akan disembelih. Pada malam
ke-40, lembu akan disembelih bagi keluarga yang berkemampuan. Akhir sekali,
terdapat juga pantang larang atau pemmali yang harus dipatuhi. Contohnya.
Ketika mayat diturunkan dari rumah semua yang melihatnya tidak boleh menyentuh
dinding.
BAHASA BUGIS
·
Duduk - tudang
·
Berdiri - tettong
·
Makan -
manre
·
Minum - minum
·
Aku - iyya
·
Kamu - idi'
·
Besar - maloppo
·
Banyak gaya
- maledo
·
Hujan - bosi
·
Kecil - beccu
·
Baju - waju
·
Celana - sulara
·
Siapa - iga?
·
Bagaimana - pekkogai?
·
Kenapa - manengka?
·
Kapan - sianna?
·
Hari - esso
·
Siang - tangasso
·
Malam - wenni
·
Pagi - ele
·
Mandi –
cemme
·
Pergi mana –
lokka tega
·
Sama siapa –
sibawa iga
PANTANG – LARANG DALAM KAUM BUGIS
Pemmali
merupakan istilah pantang-larang dalam masyarakat Bugis yang digunakan untuk
menyatakan pantang-larang kepada seseorang yang melakukan dan mengatakan
sesuatu yang tidak sesuai.
Pantang-larang sering menjadi pegangan leluhur masyarakat Bugis sebagai gelangan pendidikan tidak formal untuk membentuk budi pekerti.
Sebenarnya kata-kata Pemmali / Pantang-larang, berasal dari bahasa Arab yaitu Fiil Madi. Fiil Madi dalam bahasa Arab diertikan perbuatan/Sesuatu yang telah terjadi di masa lampau. Oleh karena itu Pantang-larang dapat diinterpretasikan perbuatan/perkataan yang telah dilakukan oleh orang tua dulu yang mendatangkan kesan sehingga terjadinya sesuatu secara kebetulan atau disengaja.
Pantang-larang sering menjadi pegangan leluhur masyarakat Bugis sebagai gelangan pendidikan tidak formal untuk membentuk budi pekerti.
Sebenarnya kata-kata Pemmali / Pantang-larang, berasal dari bahasa Arab yaitu Fiil Madi. Fiil Madi dalam bahasa Arab diertikan perbuatan/Sesuatu yang telah terjadi di masa lampau. Oleh karena itu Pantang-larang dapat diinterpretasikan perbuatan/perkataan yang telah dilakukan oleh orang tua dulu yang mendatangkan kesan sehingga terjadinya sesuatu secara kebetulan atau disengaja.
Antara
pantang-larang dalam bugis ialah :
1. Pantang
bagi seorang gadis menyanyi di dapur apabila sedang memasak atau menyiapkan
makanan.
Masyarakat Bugis menjadikan pantang menyanyi pada saat sedang memasak. Akibat daripada ketidakpatuhan ini dikatakan bahawa mereka akan mendapat suami yang tua. Namun demikian dari segi ilmiah tidak terdapat hubungan antara menyanyi di dapur dengan mendapat jodoh. Kerana Jodoh itu di tentukan oleh Allah SWT. Namun demikian, pantang-larang di atas sebenarnya memiliki hubungan dengan masalah kebersihan dan kesihatan. Menyanyi di dapur dapat mengakibatkan keluarnya tampias ludah daripada mulut yang kemudian terpercik ke makanan.
2. Gadis tidak boleh tidur sampai tengah hari sebab rezeki tidak menyinggah di rumah.
Selain itu leluhur kita mengatakan mereka yang lambat bangun akan mendapat jodoh yang lambat. Sebenarnya seorang gadis tidak baik bangun tengahari kerana ia merupakan cerminan daripada sikap malas dan boleh membantutkan kerja di dalam rumah. Hal ini perlu diperhatikan kerana masyarakat Bugis menganggap bahawa perempuan adalah pemegang kunci kepada pendidikan anak-anak dan urusan dalam rumah. JIka dikaitkan dengan lambat terima jodoh kerana lelaki tidak akan mahu berkahwin dengan wanita yang lambat bangun sebab khuatir mereka akan mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dlam rumahtangga. Dari segi kesihatan pula lambat bangun akan menyebabkan badan menjadi lemah.
3. Pantang orang tidur pagi jika jenazah jiran kita belum diusung ke tanah perkuburan.
Masyarakat Bugis dilarang tidur pagi sekiranya terdapat jiran yang meninggal dunia. Sebenarnya falsafah daripada larangan ini adalah sebagai satu simbol menghormati jenazah dan sebagai satu cara kita turut bersimpati dengan jiran. Pantang-larang ini menggambarkan betapa tingginya penghargaan masyarakat Bugis terhadap sesama manusia.
4. Pantang bertongkat dagu sebab akan membawa sial.
Bertongkat dagu dikatakan akan membawa sial. Namun demikian makna falsafah daripada larangan ini adalah menunjukkan sikap seseorang yang pemalas. Perilaku bertongkat daku seolah-olah sesorang itu hanya berangan-angan tetapi tidak ada melakukan tindakan. Perilaku ini tidak ada hasil yang boleh didapatkan karena tidak ada pekerjaan yang dilakukan. Mereka biasanya hanya hidup menderita. Oleh itu perbuatan ini dianggap sial kerana tidak mampu melakukan pekerjaan yang mendatangkan hasil untuk memenuhi keperluan hidupnya
5. Pantang-larang anak-anak berbaring bertiarap sebab menyumpah ibunya mati cepat.
Bagi kanak-kanak yang suka bertiarap mereka pastinya akan ditegur kerana dikatakan ingin menyumpah ibunya agar mati cepat. Sebenarnya ancaman ini mencerminkan bahawa masyarakat Bugis sangat menghormati orangtuanya sehingga larangan itu dikaitkan dengan kematian ibu. Jika kita lihat dari sudut kesihatan berbaring tiarap boleh mengakibatkan sakit di dada atau sakit perut. Pantang-larang ini berfungsi mendidik anak untuk menjadi orang memegang teguh etika, memahami sopan santun, dan menjaga budaya leluhur. Anak merupakan generasi yang harus dididik agar membesar menjadi insan berguna dan tidak memalukan keluarga.
Masyarakat Bugis menjadikan pantang menyanyi pada saat sedang memasak. Akibat daripada ketidakpatuhan ini dikatakan bahawa mereka akan mendapat suami yang tua. Namun demikian dari segi ilmiah tidak terdapat hubungan antara menyanyi di dapur dengan mendapat jodoh. Kerana Jodoh itu di tentukan oleh Allah SWT. Namun demikian, pantang-larang di atas sebenarnya memiliki hubungan dengan masalah kebersihan dan kesihatan. Menyanyi di dapur dapat mengakibatkan keluarnya tampias ludah daripada mulut yang kemudian terpercik ke makanan.
2. Gadis tidak boleh tidur sampai tengah hari sebab rezeki tidak menyinggah di rumah.
Selain itu leluhur kita mengatakan mereka yang lambat bangun akan mendapat jodoh yang lambat. Sebenarnya seorang gadis tidak baik bangun tengahari kerana ia merupakan cerminan daripada sikap malas dan boleh membantutkan kerja di dalam rumah. Hal ini perlu diperhatikan kerana masyarakat Bugis menganggap bahawa perempuan adalah pemegang kunci kepada pendidikan anak-anak dan urusan dalam rumah. JIka dikaitkan dengan lambat terima jodoh kerana lelaki tidak akan mahu berkahwin dengan wanita yang lambat bangun sebab khuatir mereka akan mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri dlam rumahtangga. Dari segi kesihatan pula lambat bangun akan menyebabkan badan menjadi lemah.
3. Pantang orang tidur pagi jika jenazah jiran kita belum diusung ke tanah perkuburan.
Masyarakat Bugis dilarang tidur pagi sekiranya terdapat jiran yang meninggal dunia. Sebenarnya falsafah daripada larangan ini adalah sebagai satu simbol menghormati jenazah dan sebagai satu cara kita turut bersimpati dengan jiran. Pantang-larang ini menggambarkan betapa tingginya penghargaan masyarakat Bugis terhadap sesama manusia.
4. Pantang bertongkat dagu sebab akan membawa sial.
Bertongkat dagu dikatakan akan membawa sial. Namun demikian makna falsafah daripada larangan ini adalah menunjukkan sikap seseorang yang pemalas. Perilaku bertongkat daku seolah-olah sesorang itu hanya berangan-angan tetapi tidak ada melakukan tindakan. Perilaku ini tidak ada hasil yang boleh didapatkan karena tidak ada pekerjaan yang dilakukan. Mereka biasanya hanya hidup menderita. Oleh itu perbuatan ini dianggap sial kerana tidak mampu melakukan pekerjaan yang mendatangkan hasil untuk memenuhi keperluan hidupnya
5. Pantang-larang anak-anak berbaring bertiarap sebab menyumpah ibunya mati cepat.
Bagi kanak-kanak yang suka bertiarap mereka pastinya akan ditegur kerana dikatakan ingin menyumpah ibunya agar mati cepat. Sebenarnya ancaman ini mencerminkan bahawa masyarakat Bugis sangat menghormati orangtuanya sehingga larangan itu dikaitkan dengan kematian ibu. Jika kita lihat dari sudut kesihatan berbaring tiarap boleh mengakibatkan sakit di dada atau sakit perut. Pantang-larang ini berfungsi mendidik anak untuk menjadi orang memegang teguh etika, memahami sopan santun, dan menjaga budaya leluhur. Anak merupakan generasi yang harus dididik agar membesar menjadi insan berguna dan tidak memalukan keluarga.
Hebak2..
ReplyDeleteMacamana pula perangai orang Bugis
ReplyDeleteAlhamdulillah... syabas dan terimakasih ya puan atas perkongsian informasi yang sangat bermanfaat bagi generasi kini yang nak memahami susur galur keturunan kita ini... semoga Allah merahmati dan mengampuni semua kaum muslimin muslimat terutama buat almarhum dan almarhumah ahli keluarga tok nenek moyang kita semua yang telah meninggal dunia, aamiiin ya Rabbal aalamiiiin...
ReplyDeleteterima kasih , info yang sgt baik
ReplyDelete